LATAR BELAKANG

MPUD merupakan saru mekanisme penyelarasan dan pemantauan bagi memastikan setiap strategi program pembangunan usahawan yang dilaksanakan di peringkat negeri dan parlimen lebih berkesan dan efektif. Penubuhannya diharapkan dapat melahirkan lebih ramai usahawan khususnya dari luar bandar yang mampu mengeluarkan pelbagai produk bagi keperluan pasaran tempatan dan eksport ke luar negara.

Peranan keusahawanan luar bandar sangat penting ke arah pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara terutamanya di sektor pembuatan, pertanian, pemprosesan, penternakan, herba dan hasil kraftangan. Namun, usahawan luar bandar kebanyakannya terdiri dari usahawan berskala kecil dan menjalankan aktiviti secara tradisional menyebabkan mereka kurang berdaya maju.

Dengan penubuhan MPUD, pelbagai program pembangunan usahawan yang meliputi program latihan, pembiayaan, pemasaran dan promosi dapat diperluaskan bagi membantu golongan usahawan hingga ke persada dunia.