-
MPUD merupakan saru mekanisme penyelarasan dan pemantauan bagi memastikan setiap strategi program pembangunan usahawan yang dilaksanakan di peringkat negeri dan parlimen lebih berkesan dan efektif. Penubuhannya diharapkan dapat melahirkan lebih ramai usahawan khususnyadari luar bandar yang mampu mengeluarkan pelbagai produk bagi keperluan pasaran tempatan dan eksport ke luar negara;
-
Mengenalpasti bidang-bidang yang berpotensi seperti Satu Daerah Satu Industri (SDSI) untuk dilaksanakan di daerah berkenaan;
-
Memantau pelaksanaan program pembangunan usahawan dan menentukan tindakan-tindakan susulan yang sesuai;
-
Mengemukakan cadangan-cadangan termasuk program latihan dan penambahbaikan bagi keusahawanan yang dilaksanakan di daerah-daerah;
-
Mendapatkan maklumat-maklumat mengenai program pembangunan usahawan di peringkat daerah yang dilaksanakan oleh pelbagai Jabatan dan Agensi Kerajaan;
-
Mengenal pasti masalah / halangan utama yang dihadapi oleh kumpulan sasar dalam pelaksanaan program pembangunan usahawan; dan
-
Melaporkan status program pembangunan usahawan kepada Jawatankuasa Perhubungan Pembangunan Usahawan Persekutuan - Negeri (JPPU-PN)